Alhamdulillah, harini dapat tahu result MUET dah keluar! Syukur sangat-sangat plus tak sangka boleh dapat band 4 walaupun tak sempat study sangat. Belum lagi ditambah dengan gemuruh jiwaaa masa speaking test sampai tak dapat cakap apa-apa haha😂
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah, harini baru ambil Kad Diskaun Siswa (KADS1M) wohoo~
Dengan penuh excited plus happy dapat kad ni. The only thing I love about this card is the word DISKAUN! Yeah! Diskaun & perempuan memang tak dapat dipisahkan hehe 😜
Taraaa~ Kasi tayang sikit kad baru. One day old. 😍
Persoalannya.. Betul ke boleh dapat diskaun dengan kad ni?
And kalau boleh, untuk kedai or service apa yang kad ni valid?
Assalamualaikum..
Minggu lepas antara minggu yang mencabar dalam sem ni. Kumpulan kami diuji dengan kematian arnab yang sangat lovely :'( Makanya, pada hari kejadian, Facebook & Instagram dijadikan medium meluahkan perasaan sedih. Dengan harapan.. Rasa sedih tu dapat dikongsi dengan orang lain. Uhukuhuk~
31 Mac 2016 | Khamis (1st Week)
Sebelum ambil rabbit haruslah selfie dulu! :P
Memang boleh dikatakan jodoh dapat satu group dengan best buddies ^^
Kisah pertemuan kami dengan Usagi bermula dari tarikh ni. Harini juga hari first lab session untuk subject Advance Immunology. At first, setiap group kena pilih rabbit sendiri. Masa tu ramai-ramai pakat try tangkap rabbit-rabbit yang comel ni (tangkap dalam sangkar je pun). Tapi tak ramai yang nak ambil si Usagi ni sebabnya dia garang! Waktu nak keluarkan dari sangkar siap buat lompatan ganas plus bunyi dengus. Takut wooo~ Last-last dapatlah jugak pegang dia luar dari sangkar lepas pujuk-pujuk sikit. Time ni lab-mates kami, Alif a.k.a Vespa yang dapat tenangkan Usagi. So we decided to call him papa Usagi sebab dia je yang boleh tame kan Usagi :P Harini jugak la lab-mates pakat pening kepala nak namakan rabbit ni. So, kita serahkan bab-bab nama ni kat pakar stalker, Ain Ninja :P (Ain jangan kecam saya >_<). Usagi = Rabbit ( In Japanese).
Disebabkan tak ada siapa yang bawa towel, makanya Syarah (lab-mates) dengan relanya korbankan lab coat dia. Dengan suka hatinya kami panggil Syarah mama Usagi sebab kesanggupan berkorban apa saja untuk Usagi, gittew.
Ni lah Syarah. Nampak tak pandangan seorang ibu di situ? :P
P/s: Shahriza is photobombing >_<
Alif first try. Terus dapat sample darah! *clap clap*
Lepas succeed untuk sample, baru inject antigen + adjuvant kat Usagi. So.. Starting from this day, kami dipertanggungjawabkan untuk jaga rabbit group masing-masing. Start daripada ni lah terserlah bakat-bakat kami untuk bagi makan & bersihkan sangkar Usagi~
Before habis lab session hari tu, haruslah wefie family portrait ;)
Tapi... Sorang tak ada dalam pic. Aliah! *mana hang pi?* Guess can't yet be family portrait? Sobs :(
7 April 2016 | Khamis (2nd Week)
So.. Untuk second week, routine nya sama je macam first week. Cuma minggu ni banyak rabbit yang stress. Banyak group tak dapat sample darah! Ye, serious darah tak boleh keluar kalau tengah stress/takut. Tapi Alhamdulillah time ni group kami dapat sample Usagi! :D Bangga la jugak time ni sebab rasa Usagi dah start boleh cooperate dengan kami.
Our good girl Usagi-Chan! ^^
Bagi memastikan semua dapat jaga Usagi dengan baik, makanya terhasil lah duty plan yang comel ni. Beriye tak group kami? Haha :P
TQ Ain Ninja tolong buat <3
14 April 2016 | Khamis (3rd Week)
Waktu last week tu tak lah beriye sangat ambil gambar Usagi banyak-banyak. Sebab time tu bulu rabbit banyak yang berterbangan & lekat kat skrin phone. Tapi waktu minggu ni tak tahu lah kenapa rasa macam nak ambil gambar semua benda yang Usagi buat. Hmm..
Penuh gambar Usagi je dalam gallery.
So.. Macam biasa, kami dengan penuh dedikasinya ambil sample darah Usagi. Opsss. Bukan kami.. Tapi kali ni akak MLT tolong ambilkan. As usual, Usagi good girl sangat bagus untuk dermakan darah compared to other rabbits haha. Group lain jangan kecam saya okay? :P Cuma, lepas tu kami diminta try ambil darah sendiri. Konon-konon practice gitu... Kali ni, Shahriza the future doctor make a lead.
Taraa! Bukti genuine expert sangat~ Congrats Shah dapat ambil darah!^^ *clap clap*
Minggu ni jugak kita bagi hadiah special untuk Usagi. Carrot! :)
Tapi.. Usagi tak makan pun... Sobs sobs *sedih*
Time ni usagi banyak main hop hop atas meja sampai tumpah-tumpah air kat meja. Waktu ni rasa geram je. Sabo jelah~ Tapi semua macam happy sebab tengok Usagi happy main lompat-lompat. Waktu ni jugak ramai yang baca notes Critical Thinking sebab malam ni exam. Terserlah bakat budak-budak ni study sambil jaga anak.. Opss.. Rabbit. Hehe :P
Usagi kena bedung. Tuela, duk tak senyap lagi~
15 April 2016 | Jumaat (3rd Week)
Harini kami dikhabarkan dengan berita sedih tentang kematian Usagi :( Serious terkejut! Yela, semalam elok je dia main lompat-lompat tiba-tiba dapat berita dia mati sebab stress. What? Serious macam tak logic. Paling sedih, kami dapat tahu ni first case ada arnab mati time lab session Advance Immunology. Even senior-senior pun tak ada case arnab mati macam ni. Lagi la semua rasa bersalah. Time ni semua salahkan diri masing-masing. Huhu.. :'( Of course, ramai yang sedih. Tak lupa juga kami dapat ucapan takziah dari group-group lain. Bertambah sebak lah kami. Huwaaa~
Ada gambar Usagi yang dah terbaring kaku.. Tapi tak sanggup nak upload. Takut ada bergenang air mata nanti. Huhu..
Okay. Posing last yang Usagi bagi waktu ambil gambar. Comel kan?
This week will be the final week untuk rabbit ambil sample darah. Di saat semua group sibuk main dengan rabbit diorang Ebit, Ruby BamBam, Sabarina, Momo & Che Nab, group kami pula bersob sobs kat hujung meja.. :(
Kini sangkar kosong jelah yang jadi kenangan.
Walaupun baru tiga minggu kenal Usagi, di sini jua memori tercipta *nyanyi sikit lagu Memori Tercipta* .
Yang ajaibnya, macam mana perasaan sayang ni wujud antara species makhluk yang berlainan? Allahu Akbar! Memang peristiwa ni sedih, tapi jom kita sama-sama terima ujian ni. Ya, ujian adalah tarbiyah dari Allah. Mungkin ada sesuatu yang kita perlu belajar dari kematian Usagi. Bak kata Dr Ridhwan, this subject never fail to fail a student *gulp*. So.. We take this as a challenge to understand more about Advance Immunology. Ok guys? :)
Terima kasih untuk sesiapa yang sudi baca (if any) entry panjang pasal Usagi-Chan! ^^
Alhamdulillah! End of Semester 3, 2015/2016. Fuuhh, akhirnya~ Second year ni baru 'rasa' busy dia. :/ Walaupun busy, yet we're able to celebrate our first anniversary yeayy :D This event was one of the most memorable events in my life! Alhamdulillah majority of batch-mates boleh manage & cooperate untuk handle gathering ni.
Actually, GX stands for Genuine Experts. Memandangkan kitorang ni batch keempat Biomedic, makanya jadilah GX4. Bak kata mantan ketua batch, GX4 ni umpama family besar kat UIA. So, segala jerih payah yang dilalui haruslah diharungi bersama. Eceh~
"WE DON'T NEED FRIENDS , WE HAVE A GX4 FAMILY" - Azam, 2014.
GX4 Gathering 2015
Date: 6 December 2015
Place: IIUM Kuantan's lake
Organised by: GX4 Sports Bureau
1) Masak-masak
2) Bakar-bakar
3) Warm up
Pakai selipar pon boleh. No prob :P
4) Main bubble
Release stress. Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ribena haha.
5) Explorace
Bonda menenangkan anak-anak yang tak sabar nak explorace :D
![]() |
| Checkpoint tepung. Sangat errrr bila tepung masuk hidung haha. |
![]() |
| IQ Game. Fuhh, soalan-soalan dia menguji tahap keimanan -__- |
![]() |
| Checkpoint tali. |
![]() |
| Checkpoint crossword puzzle. |
![]() |
| Checkpoint makanan. |
Lagi satu checkpoint origami. Sorry jumpa gambar yang sesuai. Sobss~ :'(
![]() |
| Muka makcik yang excited ambik hadiah :D |
7) Special Awards
The SADO - Atilia
Of course kami harus pilih insan yang paling tough dalam batch heheh~
Chatter Box - Syaza
Seorang yang peramah & bisa menghangatkan suasana.
The Zombie - Syegha
Err.. Tak tahu criteria sebenar macam mana. For me, Syegha antara zombie yang cute ngehngeh~
The Glutton - Una a.k.a Our Beloved Bonda (Penolong Ketua Batch)
Special for someone who loves to eat. Actually, I wish to get this award hahaha.
Tapi Bonda lebih layak menerimanya :P
#unajangankecamsayaplease
Miss Manner - OMG. Is that me?
Orang yang beretika mungkin? Uhuk uhuk~ Sekali skala dapat gelaran miss haha :P
Ada lagi awards lain, tapi gambar-gambar mereka tak dapat dikesan:
Sherlock Homes - Ain Ninja
Seorang yang mysterious. Sesuai dengan character ninja yang dipilih.
The Comedian - Wafri
Nama pun comedian, haruslah seorang yang lawak.
Ustaz Pilihan - Kamil
Award ni ternyata mendapat undian paling ramai dari kalangan fans/secret admire sisters opss :P
Of course me is excluded. I have my own ustaz pilihan heheh 8-)
8) Exchange gifts
Semua molek-molek belaka :)
Antara orang kuat yang terlibat uruskan aktiviti tukar-tukar hadiah. Mira J & me.
9) Upacara potong kek
Hope we're last till Jannah inshaAllah :)
Special dedication to orang paling sado dalam menguruskan overall event:
Amal :)
Assistant GX4 Sports Bureau.
Memandangkan gambar Amal tak sempat terselit dalam camera photographer, makanya gambar Amal dicilok dari personal FB ngeh ngeh~
Thank you photographer GX4, Ain Ninja! ^_^
![]() |
| P/s: Bukan gambar sebenar beliau. |
Lastly, thank you GX4 for everything!








































