Usagi-Chan Si Rabbit

by - April 18, 2016

Assalamualaikum..
Minggu lepas antara minggu yang mencabar dalam sem ni. Kumpulan kami diuji dengan kematian arnab yang sangat lovely :'( Makanya, pada hari kejadian, Facebook & Instagram dijadikan medium meluahkan perasaan sedih. Dengan harapan.. Rasa sedih tu dapat dikongsi dengan orang lain. Uhukuhuk~


31 Mac 2016 | Khamis (1st Week)

Sebelum ambil rabbit haruslah selfie dulu! :P 
Memang boleh dikatakan jodoh dapat satu group dengan best buddies ^^

Kisah pertemuan kami dengan Usagi bermula dari tarikh ni. Harini juga hari first lab session untuk subject Advance Immunology. At first, setiap group kena pilih rabbit sendiri. Masa tu ramai-ramai pakat try tangkap rabbit-rabbit yang comel ni (tangkap dalam sangkar je pun). Tapi tak ramai yang nak ambil si Usagi ni sebabnya dia garang! Waktu nak keluarkan dari sangkar siap buat lompatan ganas plus bunyi dengus. Takut wooo~ Last-last dapatlah jugak pegang dia luar dari sangkar lepas pujuk-pujuk sikit. Time ni lab-mates kami, Alif a.k.a Vespa yang dapat tenangkan Usagi. So we decided to call him papa Usagi sebab dia je yang boleh tame kan Usagi :P Harini jugak la lab-mates pakat pening kepala nak namakan rabbit ni. So, kita serahkan bab-bab nama ni kat pakar stalker, Ain Ninja :P (Ain jangan kecam saya >_<). Usagi = Rabbit ( In Japanese).

Sesi menenangkan Usagi. Bagi comfort sikit dengan lab coat.

Disebabkan tak ada siapa yang bawa towel, makanya  Syarah (lab-mates) dengan relanya korbankan lab coat dia. Dengan suka hatinya kami panggil Syarah mama Usagi sebab kesanggupan berkorban apa saja untuk Usagi, gittew. 

Ni lah Syarah. Nampak tak pandangan seorang ibu di situ? :P
P/s: Shahriza is photobombing >_<

Alif first try. Terus dapat sample darah! *clap clap*

Lepas succeed untuk sample, baru inject antigen + adjuvant kat Usagi. So.. Starting from this day, kami dipertanggungjawabkan untuk jaga rabbit group masing-masing. Start daripada ni lah terserlah bakat-bakat kami untuk bagi makan & bersihkan sangkar Usagi~

Before habis lab session hari tu, haruslah wefie family portrait ;)
Tapi... Sorang tak ada dalam pic. Aliah! *mana hang pi?* Guess can't yet be family portrait? Sobs :(


7 April 2016 | Khamis (2nd Week)

So.. Untuk second week, routine nya sama je macam first week. Cuma minggu ni banyak rabbit yang stress. Banyak group tak dapat sample darah! Ye, serious darah tak boleh keluar kalau tengah stress/takut. Tapi Alhamdulillah time ni group kami dapat sample Usagi! :D Bangga la jugak time ni sebab rasa Usagi dah start boleh cooperate dengan kami.

Our good girl Usagi-Chan! ^^

Bagi memastikan semua dapat jaga Usagi dengan baik, makanya terhasil lah duty plan yang comel ni. Beriye tak group kami? Haha :P 
TQ Ain Ninja tolong buat <3

14 April 2016 | Khamis (3rd Week)

Waktu last week tu tak lah beriye sangat ambil gambar Usagi banyak-banyak. Sebab time tu bulu rabbit banyak yang berterbangan & lekat kat skrin phone. Tapi waktu minggu ni tak tahu lah kenapa rasa macam nak ambil gambar semua benda yang Usagi buat. Hmm..

Penuh gambar Usagi je dalam gallery.

So.. Macam biasa, kami dengan penuh dedikasinya ambil sample darah Usagi. Opsss. Bukan kami.. Tapi kali ni akak MLT tolong ambilkan. As usual, Usagi good girl sangat bagus untuk dermakan darah compared to other rabbits haha. Group lain jangan kecam saya okay? :P Cuma, lepas tu kami diminta try ambil darah sendiri. Konon-konon practice gitu... Kali ni, Shahriza the future doctor make a lead. 

Taraa! Bukti genuine expert sangat~ Congrats Shah dapat ambil darah!^^ *clap clap*

Minggu ni jugak kita bagi hadiah special untuk Usagi. Carrot! :)

Tapi.. Usagi tak makan pun... Sobs sobs *sedih* 

Time ni usagi banyak main hop hop atas meja sampai tumpah-tumpah air kat meja. Waktu ni rasa geram je. Sabo jelah~ Tapi semua macam happy sebab tengok Usagi happy main lompat-lompat. Waktu ni jugak ramai yang baca notes Critical Thinking sebab malam ni exam. Terserlah bakat budak-budak ni study sambil jaga anak.. Opss.. Rabbit. Hehe :P 

Usagi kena bedung. Tuela, duk tak senyap lagi~

15 April 2016 | Jumaat (3rd Week)

Harini kami dikhabarkan dengan berita sedih tentang kematian Usagi :( Serious terkejut! Yela, semalam elok je dia main lompat-lompat tiba-tiba dapat berita dia mati sebab stress. What? Serious macam tak logic. Paling sedih, kami dapat tahu ni first case ada arnab mati time lab session Advance Immunology. Even senior-senior pun tak ada case arnab mati macam ni. Lagi la semua rasa bersalah. Time ni semua salahkan diri masing-masing. Huhu.. :'( Of course, ramai yang sedih. Tak lupa juga kami dapat ucapan takziah dari group-group lain. Bertambah sebak lah kami. Huwaaa~

Ada gambar Usagi yang dah terbaring kaku.. Tapi tak sanggup nak upload. Takut ada bergenang air mata nanti. Huhu..

Okay. Posing last yang Usagi bagi waktu ambil gambar. Comel kan?

This week will be the final week untuk rabbit ambil sample darah. Di saat semua group sibuk main dengan rabbit diorang Ebit, Ruby BamBam, Sabarina, Momo & Che Nab, group kami pula bersob sobs kat hujung meja.. :( 

Kini sangkar kosong jelah yang jadi kenangan.

Walaupun baru tiga minggu kenal Usagi, di sini jua memori tercipta *nyanyi sikit lagu Memori Tercipta* .

Yang ajaibnya, macam mana perasaan sayang ni wujud antara species makhluk yang berlainan? Allahu Akbar! Memang peristiwa ni sedih, tapi jom kita sama-sama terima ujian ni. Ya, ujian adalah tarbiyah dari Allah. Mungkin ada sesuatu yang kita perlu belajar dari kematian Usagi. Bak kata Dr Ridhwan, this subject never fail to fail a student *gulp*. So.. We take this as a challenge to understand more about Advance Immunology. Ok guys? :)

Terima kasih untuk sesiapa yang sudi baca (if any) entry panjang pasal Usagi-Chan! ^^

You May Also Like

0 Lovely Comments