Tempat Cantik Untuk Photoshoot di Kuantan

by - October 15, 2017

Assalamualaikum.
Saja nak share tempat yang Siraj rasa cantik & sesuai untuk photoshoot di Kuantan ni. Serious best tak tipu, dah macam ala-ala view dalam cerita winter sonata!


Haa, kat mana tu?

TAMAN GELORA, KUANTAN

Actually, tujuan asal yang murni hanyalah nak bawa adik-adik junior (first year) untuk tour sekitar Kuantan. Kira jadi fasilitator untuk junior, bagi pencerahan macam mana life kat UIA Kuantan, how to survive course masing-masing, kat mana tempat best cari barang, makan & jalan-jalan. And yang paling penting, macam nak bahagikan masa kalau terlibat dengan aktiviti-aktiviti luar.

Bila sampai je kat Taman Gelora ni, MashaAllah, so amazed! Tak pernah perasan pun Kuantan ada scenery yang cantik macam ni haha 😂

So, Siraj belanjalah gambar-gambar Siraj yang maybe a bit POYO (proud of yourself) kat sini.
Gaya tutup muka pun still considered as a pose haha 😛

 Tiru gaya Umar 😆

Antara adik-adik junior yang datang ❤

Nadot and me. Gambar bestie yang acah-acah lovey dovey. Okey, boleh buat hashtag #friendshipgoals 😍

Okey, tu je nak share. Kalau ada yang berkenan view kat Taman Gelora ni, bolehlah buat photoshoot untuk pre konvo ke, wedding ke, family portrait ke kan.

P/s: Ada lagi satu tempat yang cantik tepi jalan, rumput panjang warna kuning-kuning emas gitu. Famous jugak tempat tu. Tapi tak tahu location tu kat mana. Ada yang tahu?

Sekian, wasalam🌸

You May Also Like

0 Lovely Comments