5 Perkara Menarik Disebalik Aktiviti Renang
Assalamualaikum wbt.
Berenang antara aktiviti sunnah yang disarankan untuk kita pelajari. Pada saya, lagi seronok kalau aktiviti renang dimulakan dari kecil. Sebab apa?
✓ Bila kecil, lagi senang nak belajar. Perasaan untuk tak takut air lagi senang dipupuk kalau nak dibandingkan dengan orang-orang besar macam kita-kita ni (boleh elak & cipta alasan macam-macam kalau takut air) :P
✓ Belum ada kewajipan untuk menutup aurat. Tapi tak bermaksud boleh dedah aurat sesuka hati. At least kanak-kanak ni taklah rasa segan kalau lepas masuk kolam baju jadi ketat-ketat kat badan.
InshaAllah, saya nak kongsikan kebaikan berenang yang mungkin membuatkan kita tak sabar untuk berenang lepas ni!1. Lepaskan stress!
Berikan terapi yang mudah untuk diri sendiri! Air adalah salah satu elemen semulajadi yang menenangkan dan boleh menghilangkan tekanan. Kalau perasan, kita akan letih sikit kalau main air ni, tapi tenaga tu akan cepat pulih. Sebab tu kalau main air takkan puas kalau ambil masa yang sekejap.
I believe I can fly~~
SPLASHH!!
Fuh, kalau dah lompat macam ni pun tak release stress, tak tahu nak cakap macam mana lagi. Puas hati tengok anak gembira & seronok main air.
2. Mencantikkan tubuh badan
Hah! Berita baik untuk insan-insan yang ingin bentuk badan yang menawan! Berenang dapat membakar lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kerana pergerakannya memerlukan tenaga yang banyak. Difahamkan, doktor-doktor di Malaysia menasihatkan pesakit obesiti untuk berenang kerana dianggarkan dapat membakar lemak sehingga 25%!! Woww~
Untuk berenang, kita juga perlu mengamalkan bentuk postur badan yang betul. Di samping membina otot secara sihat, sukan renang boleh melentur & membentuk komposisi badan yang menarik.
3. Senaman yang kurang risiko
InshaAllah, dengan mengamalkan teknik yang betul, sukan renang kurang risiko untuk mendapat kecederaan kerana kurangnya aktiviti yang aggressive seperti futsal, rugby dll. Jika dibandingkan dengan senaman darat, aktiviti renang kurang memberi tekanan yang kuat pada sendi-sendi tulang kerana badan kita disokong dengan air.
4. Meningkatkan keyakinan diri
Uish. Ingat senang nak terjun & terapung dalam air yang dalam? Lebih-lebih lagi kalau kita ni jenis pendek atau teringin nak berenang di lautan luas yang cantik kebiru-biruan. Untuk lakukan aktiviti renang, kita perlukan pemikiran yang tenang dan pengawalan emosi yang baik (untuk tidak panik). Waktu inilah kita nak uji keyakinan diri. Cuba terjun dalam air & hilangkan rasa takut! Ini juga penting untuk perkembangan personaliti, pemikiran dan emosi kanak-kanak.
Confident tinggi! Selamba je baring dalam kolam renang bahagian orang dewasa.
5. Riadah yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga
Saya percaya, kalau diajak ke taman tema air atau tempat yang ada swimming pool, semestinya kebanyakan kanak-kanak akan rasa teruja. Jadikan platform ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Waktu ini jugalah kita boleh ambil peluang untuk berlatih berenang bersama-sama. Perkara yang dilakukan bersama sememangnya lebih menyeronokkan & akan meninggalkan memori yang manis bersama, InshaAllah.
Umar Rayyan's quality time with his Pak Su (adik bongsu saya tu!)
Mudah-mudahan entry ni dapat bagi motivasi untuk sesiapa yang takut untuk berenang! ^^
0 Lovely Comments