Pages

  • Home
  • About
  • Contact
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Siraj Munirah
Assalamualaikum wbt. Harini rasa nak update aktiviti anak teruna ku seorang waktu birthday dia haritu. Sebelum ni birthday Umar tak pernah lagi sambut kat school. Biasa celebrate dengan family je. Alang- alang tahun ni dia dah last tadika, kami decide buatlah celebration kat school. Biar ada memori dengan kawan-kawan! 😃
Gara-gara tengok cerita Avengers Infinity War, kami satu family terminat pulak superheroes dalam cerita Avengers haha. Mula-mula jenuh umminya fikir macam mana nak buat tema birthday Avengers ni? Ingat nak order je backdrop birthday. Tapi rasa macam besar sangat, pastu dah tak boleh pakai semula, nak simpan kat mana pulak lepas tu. Dah Alang-alang kami tengah go for minimalist lifestyle, jadi trylah cari tema yang simple, tapi berkenan kat hati hehe.

Hasil carian Google. Dalam banyak-banyak idea, paling suka yang ni! Simple tapi menarik!

Gigih ummi and abi DIY backdrop

Taraaa! Hasilnya heheh. Amacam? Ok tak? Ce komen sikit 😂

Doorgift simple jew~

Kek pun simple je haha

Abi 💖 Ummi. Ewahh😝

Umar anak abi.

Umar anak ummi jugaks okey! Walaupun muka tak sama dengan ummi huwaaa😭

👪

Love love love💗

Anak teruna ku dah besaq hoho

Dengan teacher Nisa and teacher Fatin 😊

Dia check gambar dia jadi tak. Yang ni sah ikut perangai ummi dia!😛

Rasanya bila boleh makan kek nih. Duk perati je dari tadi😂

Selfie siket~~

Peace😁

Tiru gaya Black Panther. Wakanda forever!😂

Hadiah birthday Umar dari aunty Ain Ninja! Sayang sungguh dia dengan hadiah ni. Jam ni special, boleh tukar jadi robot. Tetibe Ummi pun teringin nak satu. Hmmm~😩

Kawan-kawan boys dalam tadika. Ramai minat spiderman rupanya😂

Kawan-kawan girls. Ni gaya ironman pulak😂 Semua monyok tak sabaq nak makan. Tengah tunggu lagi satu keluarga yang nak buat birthday jugak sampai.

Ummi and teacher Nisa
Budak ni memang suka sengih 😁



Tengah nak nyanyi lagu birthday😋

Time makan. Umar ajak Ummi makan skali.

Emm, sedapnya ayam kepci dia. Terliur pulak tengok ahaha

Semoga Umar Rayyan terus kekal menjadi anak soleh hingga ke akhirnya! Ameen. Alhamdulillah, achievement unlocked! Target boleh baca Quran umur 6 tahun berjaya. Gigih tau nak suruh dia ngaji. Asyik nak main je kerja dia haha. Nama pun budak-budak kan hee. Mohon doa aunties and uncles semua, lepas ni doakan Umar boleh khatam Quran pulak, InshaAllah. Ummi jenis bukan yang rushing suruh khatam cepat-cepat tapi bacaan tunggang langgang. Yang penting dapat baca kalam Allah dengan betul dan penuh penghayatan. InshaAllah. Doakan ya?😘
Share
Tweet
Pin
Share
No Lovely Comments
Assalamualaikum wbt.

Berenang antara aktiviti sunnah yang disarankan untuk kita pelajari. Pada saya, lagi seronok kalau aktiviti renang dimulakan dari kecil. Sebab apa?
Share
Tweet
Pin
Share
No Lovely Comments
Assalamualaikum.. 

Semalam, 15 Ramadhan, genap umur Umar Rayyan 4 tahun kalau ikut calendar hijrah :) Alhamdulillah.. Besar dah anak bujang ummi. Cepat sangat masa berlalu!*Lap tears pakai hujung baju* Sobs.. 
Menyesal pulak ajar Umar buat peace. Semua gambar peace aje! Haha.

Bila dikenang balik pengalaman pregnant & deliver baby.. Fuhh! Seriously? Macam tak percaya dah 4 tahun. Rasa macam baru je lagi rasa pengalaman tu. Rasa rindu nak pregnant balik pun ada. Uhukuhuks~ Okaylah, kita throwback sikit gambar-gambar Umar waktu newborn.
Umar fresh from oven. 5 hours after delivery. Waktu ni tak boleh tidur sebab tak percaya ada anak sendiri. Sikit-sikit ambil gambar. Sikit-sikit pegang tangan dia. Sikit-sikit belek kaki dia. Nampak sangat jakun! Haha. Poor picture quality time ni. Maklumlah belum cukup duit nak beli camera canggih-canggih :3
Throwback raya first bertiga :) 
Waktu ni dalam pantang lagi. Baru 2 minggu confinement period.

Dapat bayangkan tak terseksa jiwa & raga menahan nafsu untuk menikmati juadah-juadah enak di hari raya? Sobs sobs :'( Open house? Memang bye-bye lah time ni. Waktu ni pegang baby pun tak betul. Nampak tak senget kepala Umar tu? Kesiann dia.. Sorry Umar. Ummi tak expert lagi time ni :P Kak Iejan, thank you for the pic! :D
Umar Rayyan 4 months. Time ni dah start golek-golek nak meniarap. Dah bambam sikit.
Still 19 years old during this time. 
Masa program FassTrain dengan ASA Explore. Antara tempat program cubaan Abi nak ngorat Ummi haha :P 

Time ni Ummi kurus, Umar gemuks. Penangan fully breastfeed. Alhamdulillah, salah satu wishlist untuk exclusive breastfeed tercapai :) Sekarang... Ummi gemuks, Umar kurus :3 Start je wean off, Umminya naik 7KG dalam masa SEMINGGU!!! Dahla bulan Ramadhan waktu tu. Nampak tak benefit breastfeed dalam menjayakan misi kurus ibu-ibu?? Heh. Sorry for the eye bags. Cannot be helped. Ibu-ibu haruslah ada eye bags kan? :P
Budak gendut tengah tidur. Spotted tangan Abi nak kacau pipi dia :P
Thank you photographer, Aina :)
Taraa!! Anak bujang in action.
Tak habis-habis dengan peace dia.
P/s: Cubaan Ummi mengedit gambar untuk blurry effect tak jadi! Booo~ Haha.
Dear Umar Rayyan,
Ummi & Abi doakan Umar dapat jadi anak yang baik, soleh & mampu menyumbang jasa untuk ummah! Ameen. 
Happy 4 years Umar!! Nanti celebrate time 4 August ye (Birthday date according to calendar). Asyik demand nak Tobot besar je hari-hari, tapi liat nak habiskan misi baca iqra'. Hmmmph~ Siapa yang baca entry ni, mohon doakan Umar Rayyan rajin baca iqra' & quran jugak ye!! Ameen. Hehe ^^

Wasalam.
Share
Tweet
Pin
Share
1 Lovely Comments
Older Posts

The Late Bloomer Blogger


Siraj Munirah

People said late bloomers are full of strength and conviction. Oh, they are especially beautiful too! :)

Social Media

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Followers

recent posts

Popular Posts

  • 5 Perkara Menarik Disebalik Aktiviti Renang
  • Ainara First Anniversary Sale!
  • Tempat Cantik Untuk Photoshoot di Kuantan

Blog Archive

  • November 2020 (1)
  • September 2020 (1)
  • March 2020 (1)
  • February 2020 (2)
  • January 2020 (1)
  • July 2019 (1)
  • November 2018 (2)
  • September 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • December 2017 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (1)
  • July 2017 (1)
  • August 2016 (1)
  • June 2016 (2)
  • May 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • January 2016 (1)

Created with by ThemeXpose