Umar Rayyan Turns 6!
Assalamualaikum wbt. Harini rasa nak update aktiviti anak teruna ku seorang waktu birthday dia haritu. Sebelum ni birthday Umar tak pernah lagi sambut kat school. Biasa celebrate dengan family je. Alang- alang tahun ni dia dah last tadika, kami decide buatlah celebration kat school. Biar ada memori dengan kawan-kawan! 😃
Gara-gara tengok cerita Avengers Infinity War, kami satu family terminat pulak superheroes dalam cerita Avengers haha. Mula-mula jenuh umminya fikir macam mana nak buat tema birthday Avengers ni? Ingat nak order je backdrop birthday. Tapi rasa macam besar sangat, pastu dah tak boleh pakai semula, nak simpan kat mana pulak lepas tu. Dah Alang-alang kami tengah go for minimalist lifestyle, jadi trylah cari tema yang simple, tapi berkenan kat hati hehe.
Hasil carian Google. Dalam banyak-banyak idea, paling suka yang ni! Simple tapi menarik! |
Gigih ummi and abi DIY backdrop |
Taraaa! Hasilnya heheh. Amacam? Ok tak? Ce komen sikit 😂 |
Doorgift simple jew~ |
Kek pun simple je haha |
Abi 💖 Ummi. Ewahh😝 |
Umar anak abi. |
Umar anak ummi jugaks okey! Walaupun muka tak sama dengan ummi huwaaa😭 |
👪 |
Love love love💗 |
Anak teruna ku dah besaq hoho |
Dengan teacher Nisa and teacher Fatin 😊 |
Dia check gambar dia jadi tak. Yang ni sah ikut perangai ummi dia!😛 |
Rasanya bila boleh makan kek nih. Duk perati je dari tadi😂 |
Selfie siket~~ |
Peace😁 |
Tiru gaya Black Panther. Wakanda forever!😂 |
Hadiah birthday Umar dari aunty Ain Ninja! Sayang sungguh dia dengan hadiah ni. Jam ni special, boleh tukar jadi robot. Tetibe Ummi pun teringin nak satu. Hmmm~😩 |
Kawan-kawan boys dalam tadika. Ramai minat spiderman rupanya😂 |
Kawan-kawan girls. Ni gaya ironman pulak😂 Semua monyok tak sabaq nak makan. Tengah tunggu lagi satu keluarga yang nak buat birthday jugak sampai. |
Ummi and teacher Nisa |
Budak ni memang suka sengih 😁 |
Tengah nak nyanyi lagu birthday😋 |
Time makan. Umar ajak Ummi makan skali. |
Emm, sedapnya ayam kepci dia. Terliur pulak tengok ahaha |
Semoga Umar Rayyan terus kekal menjadi anak soleh hingga ke akhirnya! Ameen. Alhamdulillah, achievement unlocked! Target boleh baca Quran umur 6 tahun berjaya. Gigih tau nak suruh dia ngaji. Asyik nak main je kerja dia haha. Nama pun budak-budak kan hee. Mohon doa aunties and uncles semua, lepas ni doakan Umar boleh khatam Quran pulak, InshaAllah. Ummi jenis bukan yang rushing suruh khatam cepat-cepat tapi bacaan tunggang langgang. Yang penting dapat baca kalam Allah dengan betul dan penuh penghayatan. InshaAllah. Doakan ya?😘
0 Lovely Comments