Review: Emirates Economy Class

by - February 24, 2020

Assalamualaikum 🤗
Saja nak share pengalaman naik Emirates masa trip London haritu. First time merasa naik Emirates ni, hihi..


Sebelum ni pernah naik Air Asia je waktu pergi umrah. Setakat ni kira baru dua kali jelah ada pengalaman naik flight pergi overseas.. Untuk trip kalini, adik yang tolong uruskan pembelian tiket kami semua. Katanya Emirates ni antara yang selesa walaupun economy class. Jadi alang-alang nak pergi jauh, apa salahnya merasa flight yang okey sikit kan..

Details



Booking with: Travel2be
Flight: Emirates Airlines
Class: Economy

Outbound flight:
- KUL (Kuala Lumpur) - LGW (Gatwick, London, UK)
- Duration: 19 hours (including transit Dubai 4 hours)

Return flight:
Stansted (STN), London, UK - KUL
- Duration: 16 hours 25 minutes (including transit Dubai 2 hours)

Gifts and essentials

Memang excited sangat sebab sebelum pergi ada Google nak dapatkan gambaran Emirates ni macam mana. Paling tak sabar nak merasa benda-benda kat bawah ni haha. Nak simpan boleh, taknak simpan pun takpe..


Antara essential things yang diberikan kepada passengers sepanjang perjalanan.

Waktu mula-mula cabin masuk sebelum departure, budak-budak akan dapat gifts tau! Siap boleh pilih nak gift set yang mana. Waaah, memang seronoklah anak terunaku yang sorang tu..

Seronok Umar! Taklah boring dalam flight. Boleh tukar-tukar aktiviti.

Gifts yang dapat sebelum sampai Dubai International Airport untuk transit.

Dapat gifts lain pulak dari flight transit ke tempat destinasi. Yang kalini dapat blanket.

Rezeki adik bongsu dapat pilih gift set yang include sling bag skali! Yang ni limited. Mostly yang duduk seat depan-depan akan dapat pilih dulu.

Dalam beg ni ada banyak gifts! Soft toys, colouring book, activity book, maps, puzzle and socks. Kan best kalau orang besar pun dapat macam ni, hihi..

Inilah sling beg Emirates untuk kanak-kanak, bukan biasa-biasa guys. Quality best!

Inflight entertainment

Dari sudut inflight entertainment, boleh dikatakan Emirates ni memang win! Kalau tak silap, Emirates dapat award-winning inflight entertainment system. Kenapa best?

1. WiFi
- Dapat on board WiFi selama 2 jam. Nak lebih kena bayar.

2. TV live and shows

3. Movies
- Rasanya dalam banyak-banyak paling suka yang ni! hihi. Ada movies pelbagai genre around the world! Nak cerita arab, cina, korea, taiwan, bollywood, hollywood semua ada! Cerita melayu pun ada, tapi tak banyak. Movies pun banyak yang latest. Kalau kartun and animation jangan cakaplah, macam-macam ada! Budak-budak pun suka! Time tengok cerita boleh sync nak tengok timing yang sama dengan partner kat sebelah, macam tengok cerita sama-sama gitu..

4. Games
- Pelbagai jenis games. Nak main sorang boleh, nak main dengan member seat sebelah pun boleh!

5. Online radio

6. Music banks
- Ni pun boleh tahan. Siap ada koleksi ayat Quran lagi.

Macam biasalah, marathon dulu mana-mana movies yang sempat, ihiks! Kalau perasan, ada USB plug kat situ. Boleh charge phone dalam ni.

Adik main game chess online.

Meals

Waktu beli tiket flight ni memang dah include skali dengan pakej meals. Kira tak perlu add-on. Waktu mula-mula naik flight ni, attendant akan pass menu pada setiap orang. Untuk main menu dia akan ready-kan 2 pilihan. Ikut kita nak pilih main menu yang mana. Air pun macam tu jugak, kita boleh pilih nak air jus ke, susu ke, coffee or tea ke. As long ada dalam menu, its free. Tapi kalau nak add-on menu lain kena tambah bayaran.

Waktu booking tiket flight, buat remarks siap-siap nak makanan halal, ada allergic makanan jenis macam mana ke, vegetarian ke, etc. So far, Emirates tak ada isu bab penyediaan makanan halal ni.

Jenis menu akan bergantung juga pada tempat yang kita nak pergi. Macam yang ni, jenis menu yang boleh dapat kat Dubai.

Yang ni jenis menu bila dari transit Dubai ke London. Western food lah, apa lagi.. hihi.

Yang gambar kat atas tadi husband pilih menu option 1. Siraj pilih menu option 2. Boleh main tukar-tukar rasa.

Baggage allowance

Berapa berat maksima beg setiap individu yang naik Emirates economy class ni? It's 25kg guys! Kira okeylah, banyak juga benda boleh sumbat, hihi. Haritu masa nak balik ada terlebih sikit. Orang tu kata as long tak lebih 32kg dia considered okey. Phewww~

Toilet


Setakat ni boleh compare toilet Emirates dengan Air Asia jelah dulu, haha. Dari segi kebersihan, keselesaan dan penyediaan alat kebersihan, memang lagi prefer Emirates! Yang bahagian cabin depan, toilet luas sikit. Bahagian tengah dan belakang, toilet kecik sikit. Tapi masih lagi ditahap yang selesa untuk melepaskan hajat. hihihi..


So far, memang puas hati naik Emirates sepanjang perjalanan pergi-balik London haritu. Space antara kerusi depan dan belakang pun tak sempit sangat. Boleh lunjur kaki. InshaAllah kalau ada rezeki, boleh travel dengan Emirates lagi! Setakat ni saja review and experience kami naik Emirates economy class.

Mind to share your experience with Emirates too? Kindly leave some comments below :)

You May Also Like

0 Lovely Comments