Assalamualaikum.
Alhamdulillah, tahun lepas kami sekeluarga berpeluang untuk ke London walaupun macam plan last minute, haha. So nak list sikit preparation yang kami buat supaya boleh jadi rujukan sendiri pada masa akan datang. Manalah tahu ada rezeki nak travel luar negara lagi, ihiks ;)
Disebabkan kami travel sendiri and tak pergi through mana-mana travel agency, saja nak share preparations awal yang kami buat. Dinasihatkan juga untuk bawa someone yang at least pernah pergi sana. Sekurang-kurangnya tahu selok-belok dan cara untuk survive as travellers. Tapi kalau confident, boleh je try pergi sendiri, no problem! hihi.
Cuma nak bagitahu awal-awal, ni bukanlah tips atau sharing as a pro ye! Kalau ada cadangan dan penambahbaikan, sudi-sudilah share kat ruangan komen :)
1. Passport and visa
Yang ni for sure memang kena ada before pergi luar negara! And make sure renew passport kalau dah expired. We are lucky 2019 was the last year to enter UK without visa! So, dah save duit kat sini hihi.
2. Local currency & budget
Mestilah kena prepare duit poket kat sana kan? Kami memang sentiasa monitor currency rate 3 bulan before pergi. Tengok juga forecast currency untuk agak bila rate GBP jatuh, so untung sikit tukar duit time tu. Penting jugak allocate berapa banyak bajet yang diperlukan sepanjang duduk kat sana. Berapa banyak nak guna untuk transport, makanan, shopping etc.
Kami tukar di Taj Muhabath IOI City Mall, Putrajaya. Kat situ rate dia selalu rendah tak jauh beza sangat dengan actual rate.
3. Flights and stay
4. Travel insurance
Ni pun penting sangat tau! As precaution step. Kami ambil under AIA untuk tempoh sepanjang perjalanan di London.
5. Weather forecast
Kami check ramalan cuaca melalui Google Weather je :) Kalau tak ada apps, boleh Google je. Senang sangat-sangat!
Akan keluar lebih kurang macam ni.. Boleh set tempat dan tarikh kita nak travel nanti. Sebenarnya lagi better tengok ramalan cuaca before decide tarikh travel.
Tapi sebab kami tak available tarikh lain, makanya pasrah jelah dengan cuaca yang bakal dihadapi. Luckily, time kami pergi cuaca okey sangattt! Cuma ada certain waktu yang dijangka mendung and hujan. So, prepare bawa payung kecik siap-siap and tarikh tu kami decide untuk jalan-jalan di indoor area. Suhu pula sekitar 11°C (malam) hingga 29°C (siang). So, boleh pakai baju biasa je sebab macam sejuk-sejuk aircond. Bawa sweater biasa just in case tak tahan sejuk.
6. Itinerary
Kalau nak cantik sikit boleh Google je itinerary template. Ada macam-macam design dan contoh. Nanti tinggal edit dan print je.. Contoh macam kat bawah ni.
Itinerary kami buat sendiri je. Decide nak pergi mana hari apa, pukul berapa. Ready juga backup plan etc. Jadual kami kira flexible sebab ada bawa budak-budak. Plus, tengah pregnant time ni, morning sickness pun tak menentu, jadi we take it simple and easy.7. Packing essentials
Yang ni macam biasalah, baju, stok ubat/first aid, personal care items, electronic devices etc. Bila dah tahu weather and itinerary, lagi senang nak decide on pakaian dan keperluan. Jadi taklah over-packing barang bila travel :) Boleh dapatkan juga idea travel checklist dari Pinterest!
Contoh dari Pinterest!
So far, nilah preparations awal yang kami buat (setakat yang ingat). Walaupun waktu buat preparation ni saving untuk travel masih belum cukup, tapi boleh dapat anggaran kasar nak kena menyimpan lagi berapa banyak kalau betul nak pergi. Boleh adjust time frame, bajet dan macam-macam plan lain lagi. Tapi ni apa yang kami buat, maybe korang ada suggestion or experience yang lagi better? Kalau ada please share kat bahagian komen k? Thanks! :)
0 Lovely Comments