Assalamualaikum w.b.t.. Entry kalini berkaitan trip ke London dengan family tahun lepas. Nak simpan sini untuk kenang-kenangan❤️
Menabung untuk travel ni ambil masa almost 3 years jugak tau! Walaupun plan asal buat saving bukanlah exactly untuk ke UK pun.
Memang teringin sangat nak travel luar negara, tapi tak tahu lagi nak pergi mana and bila nak pergi. Gigihkan diri jugak buat simpanan dalam tabung travel setiap bulan. Nanti kalau ada rezeki, senang plan nak pergi bercuti mana-mana kan..
Tapi, tak sangka sangat-sangat akhirnya.... :')
Sekitar bulan March 2019 macam tu ntah macam mana kami decide nak ikut family ke UK waktu summer (Ogos/September), sebab alang-alang adik ada urusan di sana. Waktu ni still 50-50. Tapi bila dah ada target location and bila nak pergi, proses saving tu jadi lagi mudah. Boleh pulun nak menyimpan berapa setiap bulan dan target nak beli tiket bulan berapa.
Sebenarnya dilemma juga untuk pergi ke tak. Sebab, akhir bulan Jun 2019 dapat tahu yang..
I'm pregnant! :')
Second pregnancy ni memang kami tunggu sangat-sangat. Like almost several years juga. And untuk travel abroad during early trimester memang quite risky, huwaaa~ Tapi bila kira-kira balik, tarikh pergi tu baru nak masuk 2nd trimester, which is 13 weeks.
Sebab dah beli tiket flight, tanya Dr apa precautions yang perlu buat to travel abroad during pregnancy. Dr pun ada bagi surat just in case kalau ada apa-apa waktu naik flight. Plus, ada juga buat extra research, readings and preparations. Memang doa banyak-banyak jugak time ni, huhu.
PREPARATIONS BEFORE TRAVEL
Ada beberapa preparations yang kami buat before decide nak pergi trip ni. Boleh rujuk kat entry ni: PREPARATION
Untuk flights, booking with Travel2be. Kami pilih untuk travel dengan Emirates :) Boleh refer sini untuk review Emirates economy class.
STAY
Booking with: Airbnb
Untuk stay, kami cari di kawasan Zone 2 London. Kira taklah betul-betul dekat bandar London. Mahal wooo~ Still okey and bearable untuk ke center attractions naik tube/train. Kawasan ni kami kira agak strategic jugak. Sebab dekat dengan train station and kedai. Within walking distance je tau!
Sekitar kawasan perumahan..
Bergambar tepi rumah orang lain🤭 Cantik garden dia!
Tak sangka sangat homestay kami ni dekat dengan playground!
Akhirnya.. Inilah tempat kami bermalam & berehat. Rumahnya kecik comel je. Tapi owner ni pandai deco rumah! Sweet, simple and nice sangat-sangat! 3 bilik, 1 bilik air. Wifi, Netflix, dan keperluan rumah semua cukup!
Kat sana, nak pergi mana-mana banyak guna public transport. Most of the time kami guna London Underground, atau nickname lain, tube. Tube ni lebih kurang macam train bawah tanah. Kadang-kadang je kami naik shuttle bus.
Homestay kami dekat dengan Kensal Green Station. Within 10 minutes walking distance!
Untuk transportation via tube/bus, kena guna oyster kad ni. Function dia lebih kurang sama macam TouchNGo.
Gambar pinjam Google 😂 Tak jumpa pula kat mana gambar oyster card sendiri.
Situasi dalam tube.
NECESSITIES
Untuk barang-barang keperluan rumah dan groceries kami beli di Lidl! Ya ampun, memang supermarket dia besar and ada semua benda. And boleh dikatakan murah barang-barang kat sana. Sis jadi jakun sekejap, hihi.
The Lidl.
Apa yang kami beli untuk groceries!
Gambar kenang-kenangan breakfast kat sana. Seronok dapat buah-buah segar! 😍
Kasi zoom sikit gambar buah ni😋
Sumber makanan halal yang paling senang nak dapat - sayur dan buah!
Kalau nak beli something yang dah processed / packed, kena cari label / disclaimer yang mentioned makanan tu untuk vegetarian.
Kalau nak beli ayam, daging etc, ada kedai muslim yang jual. Cuma harganya mahal dan tak semua tempat ada. Kena pandai cari..
Kedai makanan halal pun sebenarnya ada banyak kat London, cuma harganya faham-faham jelah, huhu. Kalau nak merasa satu dua kedai pun boleh, no problem. Dah alang-alang pergi sana kan..
Kat London ni ada terlalu banyak attractions sampai pening tak tahu nak pergi mana. Kena hati-hati juga sebab ada yang tourists trap!
Antara tourists attractions yang kami sempat pergi sepanjang di London:
1. National History Museum London
Depan main entrance. Senibina bangunan cantik!
Dalam museum.
Museum ni mengumpulkan banyak specimens yang berkaitan hidupan dan sains. Very informative dan menarik pada masa yang sama. Masuk free je. Tapi rasa worth sangat-sangat sebab museum ni besar and ada banyak sections. Tak dapat ambil gambar banyak sangat sebab battery phone nak habis 😂
2. Hyde Park London
Waktu kami pergi ni dah macam around late summer, early autumn. Dah start nampak daun kering warna orange berguguran di tanah. Cantik sangat, SubhanAllah! Kalau dah sampai musim autumn mesti lagi cantik.
No baby bump lagi waktu ni hihi.
Umar and his Paksu
Us.
Buckingham Palace ni berdekatan dengan Hyde Park. Tapi waktu kami pergi, palace ni tak buka. So, kami bergambar sekitar kawasan tu je.
Dua orang ni dah kenapa😂
4. St. James Park
Dalam banyak-banyak tempat, paling suka pergi sini! Rasa tenang and tanak balik pun ada hihi.
Kami ada bawa bekal ke sini. Lebih kurang macam simple picnic je. Fuuh, dia punya feeling MashaAllah, tak boleh nak describe! Rasa tenang dan kagum sangat dengan ciptaan Allah.
Sedap landing!
View waktu baring :')
MashaAllah anak teruna siapa niii
Bagi makan biskut je nii
Jubah ironless paling best pakai time pregnant and travel, from @rawda.my
Can't miss the chance to have a picture with the swan😍
Dari St. James park kami teruskan berjalan sampai nampak palace!
Kalau perasan ada bangunan putih kat belakang tu. Tulah St. James palace.
Teruskan perjalanan lagi hingga ke London Eye!
6. London Eye
Akhirnya sampai! Bukti sampai juga di London, kekeke 🤣
Cuma sayang.. Umar dah penat sangat berjalan sampai tertidur. Kejut banyak kali pun dia tak terjaga. Tak apalah, tak ada rezeki muka Umar masuk dalam gambar😭
SHOPPING DESTINATIONS
Sejujurnya kami ni bukanlah kaki shopping sangat. Tapi kalau ada benda yang betul-betul perlu, memang tak hesitate untuk berbelanja. Lagi-lagi kalau ada sales, ada certain barang yang tak ada kat Malaysia ataupun harga items tu memang jauh beza!
1. Oxford Street
Oxford Street ni memang famous kat London. Memang wajib jejakkan kaki kat sini kalau visit London! Sepanjang jalan memang berderet semua jenis kedai, termasuklah kedai-kedai berjenama besar!
Kat sini kami banyak shopping barang keperluan di Primark dan Sports Direct.
Primark ni banyak barang murah-murah tapi berkualiti. Tapi, kena pandai pilih jenis barang juga kat sini. Kebanyakan okey, tapi ada juga setengah barang yang biasa-biasa je..
Anak teruna tu merajuk toys yang dia nak tak ada kat situ. Kita cari tempat lain eh Umar, hee.
Shopping barang-barang baby kat Primark! Kat sini memang tersangatlah murah. Design lebih kurang macam baju di mothercare, tapi boleh dapat below half price!Alang-alang tu buka preorder siapa nak beli skali. Tu yang jadi banyak tu, hihi. Waktu ni tak tahu gender baby lagi. So, beli jelah baju untuk dua-dua gender.
Ada lagilah kami beli a few things. Tapi tak sempat ambil gambar. Dah selamat digunakan haha.
Ni pulak apa yang husband sempat grab kat Sports Direct.
2. The Poundland
Poundland ni lebih kurang macam kedai 2eco kat Malaysia. Semua barang bernilai 1 pound je!
Ada macam-macam jenis barang, dari cosmetics, personal care, toys, dan bermacam-macam jenis barang keperluan rumah. Memang rambang mata senang cerita. Even local pun suka datang sini.
Yang paling menarik perhatian kami kat sini.. Coklat! haha. Rasa macam syurga coklat pun ada. Terlalu banyak jenis coklat, dan semuanya bernilai 1 pound, lebih kurang RM5.50 kalau convert duit Malaysia time tu.
3. Camden Market
Camden Market yang terletak di Camden Town ni antara attractions yang famous among tourist. Vibe kat sini macam ada di area cosmopolitan, ditambah lagi scenery bangunan dan kedai yang cantik-cantik, fuuuh!
Cantik kan view kat sini?
Tempat ni juga dikenali sebagai Camden Lock.
Sepanjang jalan dipenuhi dengan bermacam-macam jenis kedai cenderamata, art and craft dan banyak lagi. Memang sesuai pergi sini kalau nak bawa balik ole-ole! Confirm tak menyesal, terlalu banyak pilihan dan boleh nego price! hihi.
Waktu jalan-jalan kat sini ada terjumpa seller kedai cenderamata yang Muslim. Kedai dia best jugak, ada macam-macam jenis gifts! Sambil-sambil kami pilih barang dia pun ada cerita jugak pengalaman dia sepanjang duduk di sana. Orangnya sopan, peramah dan banyak membantu. Harga dia bagi pun murah!
Bukti dah sampai Camden Market hihi.
So far, setakat ni dulu summary untuk London trip yang lepas. Ada lagi beberapa details sepanjang trip yang mungkin terlepas pandang dan tak ingat.
Memandangkan kami pergi pun 9 hari 8 malam je, banyak lagi tempat yang kami tak explore. If ada rezeki lebih, InshaAllah nak datang sini lagi.. :)
0 Lovely Comments