Assalamualaikum and hi 😊
Is anyone there to read my first post in 2019?😂 I think it's been ages since my last entry, boo~haha.*Lap habuk kat blog*
Sebenarnya dah bertahun posting ni tersimpan dalam draft (since end December 2017), baru sekarang tiba-tiba teringat, "Ohh, macam dah lama tak bukak blog!" LOL. Dah alang-alang tu, rasa macam nak update pula entry yang dah tersimpan lama ni hee.
This is my second times pergi Cameron Highlands. Sebelum ni pernah pergi dengan family masa kecik-kecik dulu. Tiba-tiba rasa macam teringin nak pergi sini dengan encik husband pulak hee. Sebab macam dah lama tak honeymoon dan travel berdua, jadi macam teringin pulak.
Nasib baik Umar sporting bagi ummi abi green light. Thank you Umar!😛 Waktu tu ingat lagi, husband tanya, "Anniversarry ke-6 kita ada nak apa-apa ke?". Of course dengan pantas terus jawab nak ke Cameron Highlands! Bila cakap je tentang Cameron Highlands ni, dua benda je yang terus pop up dalam kepala, STRAWBERRY and LADANG TEH.
Nasib baik Umar sporting bagi ummi abi green light. Thank you Umar!😛 Waktu tu ingat lagi, husband tanya, "Anniversarry ke-6 kita ada nak apa-apa ke?". Of course dengan pantas terus jawab nak ke Cameron Highlands! Bila cakap je tentang Cameron Highlands ni, dua benda je yang terus pop up dalam kepala, STRAWBERRY and LADANG TEH.
Makanya, kami pun dah survey awal-awal kat mana strawberry farm dan attractions lain yang best di Cameron Highlands ni. Lepas check-in Wan Alyasa Hotel je, terus ke 1st destination dalam wishlist..
BIG RED STRAWBERRY FARM
I can say.. This Big Red Strawberry Farm is one of the most popular attractions in Cameron Highlands! Serious best! Luckily location pun tak jauh daripada hotel. Kalau dari Brinchang town, within walking distance je. Paling best, strawberry farm ni fully sheltered place tau. Jadi memang ideal sangat to visit during rain or shine, gittew~
FREE ADMISSION
Big Red Strawberry Farm OPENS DAILY from 8.30am to 6.00pm
The view from the entrance. Strawberries everywhere!😆
Paksa husband jadi model. Nampak muka tidak redho disitu haha
Area main entrance.
Giant strawberry?
Geram pulak tengok ikan-ikan ni😍
Kaktus pun ada kat sini! Siapa yang suka kaktus, there's a good news for you! Big Red Strawberry Farm ni dekat dengan Cactus Valley. Boleh borong cactus banyak-banyak nanti!
Sepanjang laluan dalam strawberry farm ni, ada banyak bunga yang cantik-cantik! Geram sangat tengok. Rasa fresh dan hati pun berbunga-bunga bila jalan dalam ni!
Again, kena paksa ambil gambar. Kalini nampak redho sikit hihi
Berangan jap haha. Tak sangka husband pun pandai jugak ambil gambar lawa-lawa :P
Close-up gambar bunga. Tak tahu nama bunga apa.
Tak lama lepas tu.. Kami sampai pula di laluan yang penuh dengan strawberry and lettuce! Ya Allah, scenery kat situ amazing sangat! On one side, penuh dengan strawberries. Ada juga nampak beberapa orang petik strawberry. Tapi kalau petik sendiri kena bayar ikut berat berapa gram kita petik (kalau tak silap). On the other side, penuh dengan salad-salad hijau yang menyejukkan mata memandang. Oh, btw, semua strawberry dan salad di sini hydroponically grown tau!
View area strawberry plantation dari atas. Spotted tangan orang yang tak dikenali tengah petik strawberry termasuk dalam gambar ni secara tak sengaja :P
View dari bawah. Boleh tengok strawberry dengan lebih jelas.
Close-up sikit. Time ni tak banyak strawberry yang merah-merah sangat.
I guess banyak yang sudah dikebas orang huhu.
Lettuces field 😍
Nampak gebu gebas salad di sini hmm
Less awkward posing. Kalini dah tak payah paksa husband ambil gambar 😆!
Uhuk uhuk. Kurus lagi 2 tahun lepas.. Sekarang....😫
Purple lettuces?
Sebab segan nak minta tolong orang lain ambilkan gambar kami berdua. So, gambar dua orang macam ni pun jadilah~
Tak tahu kenapa. Tapi suka sangat kalau husband tolong bawakan bag #tetiba #random
Di hujung laluan strawberry farm, kiranya before exit area, akan terjumpa kedai souvenir dan cafe. Ada pelbagai jenis menu makanan dan minuman yang ada strawberry! Time kami pergi ni, salad bar dah licin. Tak sempatlah kami merasa salad hydroponic haha.
Ramai~ Beratur panjang juga nak tunggu turn.
Apa yang kami grab! Strawberry shake and strawberry pancake. Topping tu ada vanilla ice cream and whipping cream. Yummeh!🤤
Takdelah minat sangat dengan strawberry ni. Tapi dah alang-alang berjalan tu tak salah nak merasa kan?hihi
Lepas makan, kami terus balik ke hotel. Agak letih jugak sebab tak rest lagi dari mula-mula sampai Cameron. Pastu baru teringat yang kami terlupa nak beli strawberry bawak balik. LOL! Maybe ditambah lagi dengan beratur panjang, jadi macam malas nak beli time tu. So, kami decide nak pergi balik ke strawberry farm bila dah nak balik nanti. Takut cepat rosak pulak kalau beli awal-awal. Eleh, padahal memang lupa nak beli awal-awal tu, ayat cover :P
Taraaa! Finally!😍
Geram pulak tengok strawberry ni haha.
Close-up. Nah! Siapa peminat strawberry boleh simpan gambar ni buat kenang-kenangan :P
Btw, all pictures taken with this Nikon DSLR.
Tak tahu model apa. Pinjam dan sewa dari batchmate..😁
Selain dari Big Red Strawberry Farm, kami juga sempat ke Lavender Garden dan Bharat Tea plantation. Masa kami ke Cameron Highlands agak limited sebab tarikh anniversary dekat dengan final exams, hoho~ So, untuk dua tempat ni, akan update next time bila ada kelapangan, InshaAllah.
And.. That's all from me for today. Phewwhh~
Akhirnya setelah beberapa tahun punya draft, baru dapat publish hahaha. Harapnya entry ni sedikit sebanyak dapat bagi overview kepada sesiapa yang nak datang ke sini!^^