Best Ke Pakej RM499 Ke Sana Ke Sini Ke Sunway 3H2M?

by - November 06, 2020

Assalamualaikum. Kami still tak boleh move on dengan staycation haritu sebenarnya, hihi. So, rasa macam best pulak nak cerita pengalaman sepanjang bercuti di Sunway.

Dapat tahu tentang pakej ni dari Instagram story Kak Husna @wandoncha, nampak macam best je.. Lagipun memang dah lama nak pergi Sunway Lagoon ni!

Harga biasa tiket Sunway Lagoon dah RM100+ seorang, belum termasuk hotel lagi. Bila survey paling murah pun RM200+ untuk 1 malam. Erk, memang gigit jarilah kalau nak pergi!

Apa yang ada dalam pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway?
  • Penginapan hotel Sunway Pyramid / Sunway Clio selama 3H2M (breakfast included!)
  • FREE tiket Sunway Lagoon untuk 2 adults, 2 kids (max), kalau lebih kena tambah rasanya
  • Surprise vouchers bernilai RM200, boleh redeem di Sunway Pyramid Mall
  • Paling penting, pihak Sunway execute SOP seperti saranan KKM! 
Macam biasa, mula-mula kami set dulu tarikh nak pergi bila. Memandangkan ada bawa baby, dan still dalam new norm, kalau boleh nak elak crowd. So, kami pilih weekdays.

Tapi ingat, jangan plan pergi hari Selasa, Sunway Lagoon TUTUP.

Kalau plan check-in hotel Selasa still ok sebab akan ke Lagoon esoknya kan.. Ok, stories to be short, ada a few things yang perlu put into consideration kalau nak pergi staycation under pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway RM499.
  • Baca terms and condition pakej betul-betul
  • Highlight staycation ni banyak di Sunway Lagoon, so prepare siap-siap essentials apa yang betul-betul penting untuk ke sini
  • Check on the weather forecast before confirm tarikh booking
  • Prepare extra budget, RM499 ni tak termasuk parking, lunch dinner, shopping, sewa locker dll
Dalam pakej ni, kita boleh pilih untuk menginap di Sunway Pyramid or Sunway Clio Hotel. So far baca reviews masing-masing kata dua-dua hotel ni ok. Cuma, Sunway Clio ni lagi baru dari Sunway Pyramid. Kedudukannya pun hujung sikit. Sunway Pyramid lagi dekat dengan mall dan lagoon!



Haa, jangan main-main, sis study maps dulu before decide nak pilih hotel mana! haha. Sebab kami ada baby, rasa macam senang pilih Sunway Pyramid jelah!

Day 1: Sunday 6/9/2020

  • Check-in hotel 3.00pm
  • Dinner & redeem vouchers at Sunway Pyramid Mall 
Extra tips:

Waktu check-in, kami decide untuk UPGRADE ROOM WITH SUNWAY LAGOON VIEW, perlu tambah RM60. Kenapa pilih lagoon view? Sebab ada terbaca di blog orang lain, interior yang tak nampak Sunway Lagoon biasa-biasa je, yang nampak Sunway Lagoon luas sikit dan better. And we doesn't regret our choice!

Prepare RM24 juga untuk bayaran parking selama 2 hari, bayar skali ketika check-in.

View dari bilik kami hihi.

Waktu booking haritu memang dah baca details bilik semua, dan dah double check complimentary things yang hotel provide. Kami request baby cot sebab budak kecik ni sorang sangat lasak dan pernah jatuh katil!
Inilah anak teruna nak masuk 7 bulan yang lasak tu!

Jom layan overall view dalam bilik.


Toilet tak ada paip air, tapi jenis bidet spray.
Tak ada bathtub, tapi shower dia best jugak!

Lepas Asar kami bersiap untuk dinner dan jalan-jalan di mall pulak.
Mirror selfie jap, tema gray and black!

Surprise vouchers kami! Total worth RM200 tak silap.

Asalnya nak redeem voucher bowling & VR games, tapi tempat bowling penuh. Jadi, main VR games dululah. Lagipun ramai sangat orang hari Ahad. Tak best nak jalan-jalan.

Best jugak VR games ni, feeling main game racing macam real! Time accident pun rasa crash real sampai pening kepala haha.

Lepas tu kami balik dan siapkan diri untuk rehat. Tak sabar nak pergi Sunway Lagoon esoknya!
Umar and Nuh matchy pyjamas! Puas hati dapat pakaikan dua beradik ni sedondon hihi


Day 2: Monday 7/9/2020
  • Morning breakfast at the hotel room
  • Going to Sunway Lagoon from 10am-6pm
  • Dinner at the hotel room by foodpanda :P
Dalam area 7am, husband dah ready turun ke cafeteria untuk pickup breakfast. Ya, makan kat bilik je. Bolehla nak feeling breakfast while in bed gitu hihi. Ada 4 jenis menu, boleh pilih nak mana. Tapi ada certain menu bergantung ikut hari.
Waktu booking tu sebenarnya boleh je book untuk 2 adults, 1 kid (Umar), tapi include je lagi 1 kid untuk Nuhi boy just to be safe. Sebenarnya baby dikira FREE je. Tapi best pulak sebab dapat breakfast untuk 4 pax yeay! Extra 1 breakfast tu memang confirm sis ambil, sebab baby kenalah makan baby food je. Sorry Nuhi boy~ :P

Ok, semua dah tak sabar nak main air. Kalau ikut hati nak pakai baju swimming terus, tapi sis tak bagi sebab nanti nak ambil gambar buruk pulak pakai baju swimming haha. Terpaksalah semua akur pakai baju sedondon dulu.

Nasib baik tak wajib pakai swimming suits, yang penting pakaian yang sesuai untuk mandi je. Jadi budak-budak ni jelah pakai baju swimming. Ummi dan abi pakai baju biasa yang selesa untuk masuk air je.

Antara kelengkapan yang sempat snap.
Baby punya barang je yang banyak. Pampers swimming lah, swim float, makanan dia lagi.. Nasib baik baby food allowed, makanan dewasa je tak boleh bawa masuk! Dan kami decide untuk TIDAK SEWA LOCKER, so bawal siap-siap 1 beg barang yang boleh tinggal kat tepi tepi je haha.

Barang berharga macam phone, kad hotel dan credit card ada dalam waterproof bag warna kuning macam kat bawah ni!
Sekarang kan banyak option cashless, senang! Tapi ready jugak cash sikit just in case. Kalau ada nak sewa locker pun boleh je.

Locker price:
Small - RM22 | Large - RM43

Asalnya nak bawa stroller, tapi hesitate takut basah lah, susah nak gerak lah. End up, MENYESAL SANGAT TAK BAWA! Stroller sangatlah berguna huhu. Plus, semua laluan dalam Sunway Lagoon ni stroller-friendly. Ramai juga yang bawa dan letak tepi-tepi je. Antara lesson of the story kalau nak bawa baby pergi water park:
Since sis memang suka ambil gambar dan video family, jadi tak kisah sangat pun dapat main banyak water slides ke tak. So kita chill relax dengan baby je. Ada masa husband bergilir jaga baby pulak.

Extra tips, take notes on:
  • Weather forecast. Just in case, senang nak plan ahead. Contoh: kalau dianggarkan hujan petang dalam jam 3pm onwards, dah boleh get ready main water park puas-puas dari pagi. Bila hujan boleh plan activity indoor, makan, rehat, safari visit dll
  • Important hours of activity. Contoh: pukul berapa ada animal show, pukul berapa ada ombak besar kat pantai artificial tu dll
  • Bawa face mask ke mana-mana! Since we are still in the norm, ada certain area kena masuk pakai mask.
  • Plan the trip wisely. Still ralat sebab tak sempat nak explore Sunway Lagoon sampai habis. Well, a day doesn't enough if you are with kids! Kalau ada bajet lebih boleh extend maybe?
  • Ready waterproof mat. Senang untuk solat dengan baju swimming yang basah tu. Kalau rajin, boleh tukar!
  • Ready minimum RM120+ kalau nak semua gambar softcopy dari Sunway Lagoon. Akan dapat 2 keping gambar with frame skali. Kalau ada GoPro sangat advantage!
Contoh important hours of activity. Tapi sisturr rasa macam blur sikit gambar ni.
Sorry kalau tak membantu huhu

Overall view. Sunway Lagoon maps. Tak perlu jelas sangat, cukup semua tahu map ni ada and penting untuk tengok benda ni dulu before explore Sunway Lagoon hihi.

Antara activities kami di Sunway Lagoon!

Water slides

Isi perut adalah benda wajib!

Naik train pusing-pusing lagoon. Best sebab dapat rough idea tempat-tempat yang kita nak pergi.

Jalan-jalan tengok animals. Macam mini zoo! Dalam jam 3pm camtu kami stanby siap-siap sebab ada animal show.

Selepas ombak besar dah habis. Sis tak sempat record or ambil gambar sebab over excited main ombak haha

Senang cerita kami stay memang sampai pukul 6pm. Sampai guard panggil suruh keluar pool hahahaha. Alang-alang bercuti kan. Sebab tak sure bila boleh cuti lagi.. Lepas tu jalan kaki balik hotel dengan baju-baju basah tu. Nasib baik boleh je. Tak lencun sangat sebab sepanjang laluan balik tu banyak kipas.

Hilang penat balik-balik tengok bilik dah kemas! Siap tambah extra bottle air kosong, towel dan toiletries baru, refill air lagi wiiiii~

Baby cot Nuh pun tak dilupakan

Lepas habis siapkan diri semua, kami terus order foodpanda! Tak laratlah nak keluar-keluar ni. Best sangat banyak choice sebab most options banyak dari mall je hihi.

Yeay dapat 4fingers with 20% off from foodpanda!

End of Day 2!

Day 3: Tuesday 8/9/2020
  • Morning breakfast at the hotel room
  • Check-out hotel 12noon
  • Lunch & redeem remaining vouchers at Sunway Pyramid Mall 
  • Balik!
Last day! Lepas breakfast kami sambung rehat dan get ready nak check-out.

Day 3 punya breakfast.

Tema maroon burgundy ye guys

Waktu check-out kami tinggalkan luggages di lobby je. Ada kawasan untuk letak bag semua. Mudah sangat. Lepas tu terus jalan ke mall. Misi untuk redeem vouchers lain pulak!

Ice skating je kami tak pergi. Plan nak letgo je voucher ni pada sesiapa.

It's a wrap!
Layan boba and pastry kat lobby hotel lepastu terus balik. Nasib baik Nuhi boy dah sleep time ni. Boleh chill kejap hihi.

So, our overall rating untuk trip ni:
4/5

Kurang 1 star sebab kami tak dapat explore Sunway Lagoon sampai habis dan tak sempat ice skating hahaha. Overall service dan facilities dari pihak Sunway kami puas hati sangat-sangat. Memang superb and tiptop!

Hopefully, wabak covid-19 semakin terkawal, bolehla saving untuk berjalan tempat lain pulak.  And hopefully ada lagi package yang best-best untuk cuti-cuti Malaysia with B40 budget friendly price mihmih :3 Tapi, risaunya sekarang kes makin meningkat pulak😭 Stay safe ya everybody!

Nah lanje video kami ke sana, hihi..

P/s: In case you are wondering, it's not a sponsored post yep! This writing was solely based on my thoughts, experience, and preferences.

You May Also Like

0 Lovely Comments